Friday, November 2, 2012

20121102..2201..

harini aku terjumpa balik blog lama ni.. bila check2, even brape lama aku xupdate blog still ada org tinjau2 blog ni..mayb pasni nak merajinkan diri kat blog ni.. update terkini, alhamdulilah dah setahun 3 bulan bekerja di Johor.. so ceritera dr Hujung Utara hingga Ke hujung selatan akan menyusul..

Friday, February 12, 2010

12Februari10..11.45pagi..McD MP..



apa nak cerita?..dah lama tak tulis ni, dah xtau macam mane
nak cerita..

1 disember 2009,aku mula training kat TNB melaka(distribution)..
aku lapor diri sorang2 sebab majoriti yer daftar sehari sbelum
aku..9orang budak utem n sorang budak monash..sumer2 lagi tua
dari aku..perjalanan aku training ni sebenarnya akak mudah sbbnya
ramai sangat kroni bapak aku kat tnb ni..so macam sempoi jelar..
tapi dari hari ke hari, segala2nya berubah dengan sekelip mata..
sebab apa?..sebab aku sendiri yang bodoh..dan at last aku yg
susah sendiri..so memang betul lar kan aku bodoh..

tapi dari kebodohan aku tu lar byk benda yang aku semakin sedar..
aku semakin celik untuk menilai yang mana starbuck dan yang mane
kenny rogers..haha..hidup semakin indah sebenarnya..semakin berseri2..
tapi skang ni masa untuk mengira detik2 terakhir..salah sorang yg
selalu dengan aku masa training nak habis dah..dia nak balik
australia..yang pompuan tu lar inn..yang sorang lagi tu wan..wan
ni budak utem..dia dah tua dah..aku rasa aku paling selalu ber3..
sampai pi putrajaya..padahal masa awal2 dulu diorang berdua ni lar
orang yang paling last aku tegur..haha..tapi apa nak kata kan..
manusia selalu buta..

jujurnya,terlalu byk benda yang korang ajar aku dalam sedar atau
tak..terlalu byk benda korang bantu aku,korang support aku giler2
dalam macam2 hal..aku harap hubungan kita akan terus kekal n terus
bertambah baik..bole kan wan & inn?..selain 2 orang ni byk jugak
yang membantu aku..syahir pun sama gak..ko byk bagi aku peluang..
dan yang lain2 tu bukan aku xnak sebut nama, tapi xtersebut..masing2
dengan baik hati membantu aku..secara direct atau secara kejam..haha..
tapi at last aku sedar memang kesilapan aku..terima kasih kawan2..

aku rasa dah panjang sangat ni..nanti aku akan lebih detailkan apa
yang terjadi sepanjang praktikal ni kalau aku masih ingat lar kan..
yang penting skang ni aku dah semakin gembira..

Tuesday, February 9, 2010

09Februari10..10.30pagi..McD Dataran..



wah..
lama giler kan aku xupdate blog ni..bila dah byk bersedih barular nak
teringat balik blog aku ni kan..skang ni aku tengah praktikal kat Tnb
melaka..dah masuk bulan ke3 pun..macam2 benda baru aku belajar..belajar
karaoke,lepak starbuck,kenny rogers,burger king n macam2 lagi lar..haha..
apa benda aku nak citer kat blog ni..tapikan dalam masa terdekat ni aku
akan update lar..aku xtau lar still ada lagi tak yang follow blog aku ni..
haha..

Tuesday, November 17, 2009

aku..




haha..lama gak xpost pape..asik update flickr jer..
exam dah habis..tinggal tunggu famly datang jer skang ni..
barang giler byk xkemas lagi..ada 1 lagi program..
bengkel filem n video..haha..

kalau rajin aku akan cerita detail apa yang berlaku dalam
lebih kurang sebulan ni..

Monday, October 5, 2009

Raya ke-5..hehe







akhirnya tercapai jugak hajat aku untuk jumpa classmate masa kat teknik ramai2
masa raya ni..walaupun xdapat jumpa sumer tapi ok gak dapat jumpa lebih dari
separuh..mula2 punya perancangan sumer kena kumpul umah aku kul 1-2..tapi
majoriti sampai 2lebih..ok lar jugak..tapi yang beriya2 nak datang dulu ialah
budak muar n b.pahat..tapi last2 diorang yang sampai melaka paling lewat lebih
kurang kul 6..memang bengang gak aku..yer2 jer aku cuba kumpul kan ramai2 kat
umah aku..yang datang paling awak ialah afifah, kekasih ati aku dari muar..
xsangka dapat jugak jumpa dia..memang dia dah berubah,makin hot n meletup..
ada lar jugak yang cakap kat aku menyesal xusha dia masa skolah dulu..haha..
padan muka, sapa suro dulu xusha..hehe..

disebabkan tunggu 6orang dari b.pahat n muar lambat sangat, lebih kurang kul
3 lebih tu ada beberapa orang yang balik..pastu tinggal dalam 10 orang kitorang
decide untuk pi umah wahidah..lebih kurang kul 4.15 sampai umah wahidah..masa
on da way tu wahidah tanya aku brape ramai nak datang,aku cakap lar 10 orang..
tapi dia xpercaya..terperanjat jugak dia bila sampai depan umah dia memang
betul ramai..haha..padan muka..yang best yer sumer datang naik keta iswara or
saga,ada dekat 6biji kot..pastu tengok2 kat umah wahidah pun ada sebiji keta
saga..haha..memang lawak gile..

tengah2 duk syok makan n kutuk mengutuk tu, tiba2 wahidah telah membuat pengakuan
terbuka yang agak mengejutkan aku..(padahal kecewa,hehe)..selamba yer wahidah
cakap,"wei, aku nak tunang 11/10 ni, korang datang lar yer"..lebih kurang macam
tu lar dia cakap..dah nak tunang dah kawan aku yang bertaik lalat di muka ni..
haha..tahniah2..kawin jangan lupa ajak..sori xdapat datang masa ko tunang nanti..

lebih kurang kul 5 lebih kitorang bergerak ke rumah aznida plak..kali ni dah
tinggal 4orang jer..sumer laki..betul jer sampai umah geng yang dari johor tu
bagitau dah sampai melaka..aku pi diorang terus bawak ke umah aznida..di sini lar
berlaku sesi luahan rasa hati antara saiyiddah dan aznida..haha..aku plak yang
tersepit kat tengah2..haha..pastu malam cadangnya nak pi umah cikgu zaimi skali
xda orang plak..so aku dengan hawa tukar plan pi umah bayah..pastu kitorang
kumpul smula kat kat umah nazri kuda..last skali lebih kurang kul 10 lebih dalam
6-7 orang kitorang decide nak lepak kat banda hilir..

jadi ni lar kisah raya ke-5..total classmate aku dapat jumpa 19orang..haha..
aku memang gembira dapat jumpa smula kawan2 aku ramai2ni..tapi still sedih ada beberapa orang yang aku teringin nak jumpa xdapat datang..xpelah,insyAllah ada
masa kita jumpa..skang dalam perancangan buat reunion bulan 12ni..hope ramai
yang datang n reunion tu jadi..hehe..papepun,sehingga berjumpa lagi..haha..

RAYA..yeye..






lama gak aku update blog aku..aritu kat umah walau internet laju memang aku malas
giler lar nak update kan..hehe..lagipun kan raya aritu..bila dah balik perlis ni
aku xtau nape aku xle online kat dalam bilik aku..so terpaksa lar lepak mane2 untuk
update segala2nya..ni pun kat KFC..nak citer skit pasal raya aku..

malam raya aku berempat je dengan famly aku..tahun ni giliran abang2 n akak aku
raya kat umah mertua masing2..so memang rasa sunyi gak lar kan..pagi raya balik
kampung kat selandar,jasin..raya ke2 balik johor plak..petang tu dah balik melaka
smula dah..raya ke3-4 aku duk umah jer..ramai plak orang datang umah..tu yang xdapat
ikut kawan aku, nazri kuda beraya di muar n batu pahat..pastu ditambah plak anak2
buah aku yang mula nak mengganas kat umah aku..memang riuh betul..pening gak aku..
tapi seronok jugak ada anak buah ni..petang raya ke4 tu ada 4 orang budak mekanikal
teknik dulu datang umah aku..xsangka gak, hazwan,hafeez,adi, n sape tah sorang
perempuan tu..asik terlupa jer nama dia..hehe..pastu malamnya aku pi umah hidayah
n ain kembar..pi dengan mashkura..dapat jumpa lagi diorang ni..ain tu kata dengan
aku dah dekat2 nak tunang dah..

raya ke5 akhirnya berjaya gak aku mengumpul kan classmate aku masa 5e2 kat teknik
dulu..mayb kisah dia agak panjang skit..sebab nak citer detail skit..seronok punya
pasal lar kan..kalau rajin dalam masa terdekat ni aku akan post..hehe..

Friday, September 11, 2009

Jodoh-Perkahwinan


balik jer sembahyang jumaat, tiba2 kawan aku skype aku benda ni..
sejak2 ni asik persoalan mengenai jodoh,cinta,syg yang masuk dalam
skype n kepala hotak aku..nape tah..bukan yer aku ada awek pun
skang ni..mayb sebab aku slalu tulis kat skype aku :-

WANITA RACUN DUNIA..HAHA

Renungkanlah sedalam-dalamnya. .

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat
apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan
harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

AKU RASA KAWAN AKU DAPAT NI DARI INTERNET..
SO TERIMA KASIH KEPADA PENULISNYA..SEKADAR
BERKONGSI CATATAN YANG MENARIK UNTUK DIFIKIRKAN..