Tuesday, November 17, 2009

aku..




haha..lama gak xpost pape..asik update flickr jer..
exam dah habis..tinggal tunggu famly datang jer skang ni..
barang giler byk xkemas lagi..ada 1 lagi program..
bengkel filem n video..haha..

kalau rajin aku akan cerita detail apa yang berlaku dalam
lebih kurang sebulan ni..

Monday, October 5, 2009

Raya ke-5..hehe







akhirnya tercapai jugak hajat aku untuk jumpa classmate masa kat teknik ramai2
masa raya ni..walaupun xdapat jumpa sumer tapi ok gak dapat jumpa lebih dari
separuh..mula2 punya perancangan sumer kena kumpul umah aku kul 1-2..tapi
majoriti sampai 2lebih..ok lar jugak..tapi yang beriya2 nak datang dulu ialah
budak muar n b.pahat..tapi last2 diorang yang sampai melaka paling lewat lebih
kurang kul 6..memang bengang gak aku..yer2 jer aku cuba kumpul kan ramai2 kat
umah aku..yang datang paling awak ialah afifah, kekasih ati aku dari muar..
xsangka dapat jugak jumpa dia..memang dia dah berubah,makin hot n meletup..
ada lar jugak yang cakap kat aku menyesal xusha dia masa skolah dulu..haha..
padan muka, sapa suro dulu xusha..hehe..

disebabkan tunggu 6orang dari b.pahat n muar lambat sangat, lebih kurang kul
3 lebih tu ada beberapa orang yang balik..pastu tinggal dalam 10 orang kitorang
decide untuk pi umah wahidah..lebih kurang kul 4.15 sampai umah wahidah..masa
on da way tu wahidah tanya aku brape ramai nak datang,aku cakap lar 10 orang..
tapi dia xpercaya..terperanjat jugak dia bila sampai depan umah dia memang
betul ramai..haha..padan muka..yang best yer sumer datang naik keta iswara or
saga,ada dekat 6biji kot..pastu tengok2 kat umah wahidah pun ada sebiji keta
saga..haha..memang lawak gile..

tengah2 duk syok makan n kutuk mengutuk tu, tiba2 wahidah telah membuat pengakuan
terbuka yang agak mengejutkan aku..(padahal kecewa,hehe)..selamba yer wahidah
cakap,"wei, aku nak tunang 11/10 ni, korang datang lar yer"..lebih kurang macam
tu lar dia cakap..dah nak tunang dah kawan aku yang bertaik lalat di muka ni..
haha..tahniah2..kawin jangan lupa ajak..sori xdapat datang masa ko tunang nanti..

lebih kurang kul 5 lebih kitorang bergerak ke rumah aznida plak..kali ni dah
tinggal 4orang jer..sumer laki..betul jer sampai umah geng yang dari johor tu
bagitau dah sampai melaka..aku pi diorang terus bawak ke umah aznida..di sini lar
berlaku sesi luahan rasa hati antara saiyiddah dan aznida..haha..aku plak yang
tersepit kat tengah2..haha..pastu malam cadangnya nak pi umah cikgu zaimi skali
xda orang plak..so aku dengan hawa tukar plan pi umah bayah..pastu kitorang
kumpul smula kat kat umah nazri kuda..last skali lebih kurang kul 10 lebih dalam
6-7 orang kitorang decide nak lepak kat banda hilir..

jadi ni lar kisah raya ke-5..total classmate aku dapat jumpa 19orang..haha..
aku memang gembira dapat jumpa smula kawan2 aku ramai2ni..tapi still sedih ada beberapa orang yang aku teringin nak jumpa xdapat datang..xpelah,insyAllah ada
masa kita jumpa..skang dalam perancangan buat reunion bulan 12ni..hope ramai
yang datang n reunion tu jadi..hehe..papepun,sehingga berjumpa lagi..haha..

RAYA..yeye..






lama gak aku update blog aku..aritu kat umah walau internet laju memang aku malas
giler lar nak update kan..hehe..lagipun kan raya aritu..bila dah balik perlis ni
aku xtau nape aku xle online kat dalam bilik aku..so terpaksa lar lepak mane2 untuk
update segala2nya..ni pun kat KFC..nak citer skit pasal raya aku..

malam raya aku berempat je dengan famly aku..tahun ni giliran abang2 n akak aku
raya kat umah mertua masing2..so memang rasa sunyi gak lar kan..pagi raya balik
kampung kat selandar,jasin..raya ke2 balik johor plak..petang tu dah balik melaka
smula dah..raya ke3-4 aku duk umah jer..ramai plak orang datang umah..tu yang xdapat
ikut kawan aku, nazri kuda beraya di muar n batu pahat..pastu ditambah plak anak2
buah aku yang mula nak mengganas kat umah aku..memang riuh betul..pening gak aku..
tapi seronok jugak ada anak buah ni..petang raya ke4 tu ada 4 orang budak mekanikal
teknik dulu datang umah aku..xsangka gak, hazwan,hafeez,adi, n sape tah sorang
perempuan tu..asik terlupa jer nama dia..hehe..pastu malamnya aku pi umah hidayah
n ain kembar..pi dengan mashkura..dapat jumpa lagi diorang ni..ain tu kata dengan
aku dah dekat2 nak tunang dah..

raya ke5 akhirnya berjaya gak aku mengumpul kan classmate aku masa 5e2 kat teknik
dulu..mayb kisah dia agak panjang skit..sebab nak citer detail skit..seronok punya
pasal lar kan..kalau rajin dalam masa terdekat ni aku akan post..hehe..

Friday, September 11, 2009

Jodoh-Perkahwinan


balik jer sembahyang jumaat, tiba2 kawan aku skype aku benda ni..
sejak2 ni asik persoalan mengenai jodoh,cinta,syg yang masuk dalam
skype n kepala hotak aku..nape tah..bukan yer aku ada awek pun
skang ni..mayb sebab aku slalu tulis kat skype aku :-

WANITA RACUN DUNIA..HAHA

Renungkanlah sedalam-dalamnya. .

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25
tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau
sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat
apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan
harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

AKU RASA KAWAN AKU DAPAT NI DARI INTERNET..
SO TERIMA KASIH KEPADA PENULISNYA..SEKADAR
BERKONGSI CATATAN YANG MENARIK UNTUK DIFIKIRKAN..

Tuesday, September 8, 2009

Sahabat teknik..jumpa jugak kat perlis..hehe..



ahad lepas, 06september09 akhirnya aku jumpa jugak si nida setelah 2tahun duk
utara ni..dia yang beriya2 msg aku tanya bila nak berbuka sama2..paling klakar
sanggup tu mula2 nak datang sorang2 dari maktab darulaman,kedah semata2 nak
berbuka dengan aku..mau tak jelez plak bf dia kan..akhirnya dia datang dengan
bf dia,ammar..kira kali ke2 jumpa ammar ni setelah sebelum ni dia buat kejutan
muncul dalam majlis reunion kitorang..haha..aku jadi serba salah gak dengan
kawan aku yang sorang ni,nida ni lar..sbelum ni abg aku kawin,dia datang jugak
umah aku..dulu aku buat reunion dia datang gak then skang ni dia datang plak
perlis untuk berbuka dengan aku..memang agak terharu lar aku ada kawan macam
ni kan..papepun thanx nida..hope pasni aku dapat jumpa lagi kawan2 aku dari
skolah rendah lagi..tengah mencari n merancang untuk buat reunion terutama
untuk kawan skolah teknik aku..insyALLAH aku usahakan..

Cinta dan Sebabnya..(khas untuk Nida & Ammar)


Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

DIAMBIL DARI INTERNET..TERIMA KASIH KEPADA PENULISNYA..

Friday, August 28, 2009

Kenapa kebanyakkan wanita lebih rendah dari lelaki?..



lepas sembahyang jumaat..layan lar internet ni..tiba2 baca lawak yang
best jugak lar..so kat sini aku nak berkongsi lar dengan orang yang
sudi mengikuti blog aku ni..haha..

MOM...CAN YOU BUY ME A BRA?
'Mum, can I ask you something?'
'Sure! What about?'
'You see, I'm already fourteen and... I think it's just proper that I should own one.'
'And what is this 'one' you're referring to?'
'Could you buy me a neat set of brassieres?'
'No.'
'But my nipples are already prominent and it catches attention.'
'Nope.'
'It will be just proper at my age...'
'I said no way...!'
'But all of my friends wear......!'
'David! How many times must I tell you that bras are for girls!?'

WHO SHOT THE BEAR?
An 80 year old man is having his annual check-up at his doctor's office.
He says to the doctor, 'I've never felt better in my whole life. In fact, I have a 20 year old bride who's pregnant and having my child. What do you think of that?'
The doctor thinks for a second and then says, 'Let me tell you a story. I know this guy who's an avid hunter. He never misses a hunting season. But one day he's in a hurry to go hunting and he accidentally grabs his umbrella instead of his rifle. So he's in the woods and suddenly a giant grizzly bear appears out of nowhere. He raises his umbrella, points at the bear, squeezes the handle and the bear drops dead in front of him. What do you think of that?'
The old man says, 'That's impossible. Someone else must have shot that bear!'
'EXACTLY' says the doctor.

WHAT'S IN A NAME?
A Red Indian boy goes to his mother one day with a puzzled look on his face.
'Say, Mom,' he asked, 'why is my big brother named Mighty Storm'?'
'Because he was conceived during a mighty storm.' she replied.
'Why is my sister named 'Corn Flower'?'
'Well,' his mother answered, 'Your father and I were in a cornfield when we made her.'
'And why is my other sister called 'Moon Child'?'
'We were watching the moon landing while she was conceived,' the mother replied.
The mother then asked the boy, 'Tell me, Broken Rubber, why are you so curious?'

BIOLOGY LESSON
At a Biology class, the teacher asked the class:
'Why is that during childhood, gals tend to grow taller than guys?'
A student replied: 'That's because guys have balls and that weighs them down.'
Teacher: 'Then why is that at maturity, guys tend to grow taller than gals?'
Student: 'That's because gals have breasts and they are heavier than the guy's balls.'

DIAMBIL DARI INTERNET..TERIMA KASIH KEPADA PENULISNYA..

Saturday, August 22, 2009

22ogos09 7.00.m..MASIH CINTA..




Masih Cinta

Kotak

Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta



Saturday, August 8, 2009

08ogos09..7.07am..


waktu ni, aku masih tidak tdo sejak malam tadi lagi..agak pelik untuk
melihat aku sudah terjaga pada waktu begini..bertambah pelik apabila
aku mengejutkan housemate aku bangun suboh..haha..

aku melihat perbarisan pagi palapes..masih terbayang lagi cita2 aku
untuk menjadi tentera..mungkin lebih tepat komando..mungkin sekadar
angan2..tengah syok2 tengok, tiba2 lalu budak suksis yang tengah
joging..

perbezaan yang aku nampak, palapes ramai lelaki..suksis ramai perempuan..
perbezaan lain, xnak komen..nanti ada plak yang sensitif..haha..papepun,
tahniah sebab anda berjaya dan masih lagi dalam 1 badan uniform yang
tanggungjawabnya sangat besar..bukan sekadar suka2, mungkin itu
kata2 segelintir dari anda..

selamat berjuang..aku masih menunggu peluang..

Saturday, July 25, 2009

aktiviti cuti..

aktiviti cuti aku aritu lebih pada mencari yang ada dimelaka..baru lar tau
nak jalan kat banda hilir tu dengan camera..then byk ikut outing dari photog
mane2 lar..aku redah jer..janji bole blajar sesuatu dari diorang..ditambah
plak dengan keje kat ofis tersangat byk, tu yang sampai xdapat nak update
blog aku..



Tuesday, July 21, 2009

Dekon@UMS..13-18mei09


DEKON= deklamasi dan lakon..pertandingan teater yang pertama aku sertai..kat UMS,Sabah..
dapat lar jugak kan aku naik kapal terbang..pengalaman yang sangat menarik sejak dari ujibakat
lagi..Kak Ros, staff HEPA yang byk membantu kami sejak awal terutama berkenaan budget n kebajikan kami..
Kak Ekin, pegawai MAKUM merangkap pengarah teater ni..dari awal dia pening untuk ajar aku
berlakon..thanx kak..agak over..cuba tengok pose maut dia tu..haha..
Adah, bakat yang bagus..orang yang cukup direct menegur lakonan aku..baguslar, so aku tau
untuk improve..please jaga diri anda..
Din,dekonis terbaik dikalangan kami..sangat komited..cuma kadang2 time training buat hal..
byk membantu aku gak..lakonan yang mantap..
Afaf,penyajak yang tiba2 jadi pelakon..bakat yang besar..cuma anda kadang2 cepat beremosi..
lakonan yang bagus..menjadi isteri aku dalam teater ni.."aku dapat rasa ko feel aku sebagai isteri
ko",Afaf..haha..

akhirnya diumumkan..UniMAP memenangi tempat ke3 dibelakang USM dan UTM..bonus untuk
kami apabila karya Ujang Ariff,Maruah Sebuah Kemerdekaan ini memenangi skrip terbaik..
syabas kepada sumer yang telah menjayakan DEKON ini..ini adalah permulaan kita yang hebat..
kita perlu terus kedepan..jalan telah dibina..rintangan perlu diharungi..

SEMOGA BERJAYA..

Monday, June 8, 2009

08jun09..


lama giler aku xupdate blog..dari aku kat perlis, ke sabah n skang dah kat melaka pun..tah lar, kat umah internet makin laju,makin malas plak nak update..xtau nape..terlalu byk memori manis n lagi byk yang pahit aku nak kongsi kat sini sepanjang sebulan ni..xpelah, ada masa aku akan kongsikan satu persatu..

Thursday, May 7, 2009

7mei09..1.21a.m..aku semakin tua..

detik ni, aku sudah mencecah 20 tahun..sudah habis zaman belasan aku..sejak dari tika ni, umur aku akan ada perkataan puluh..aku xtau knape aku rasa sedikit sedih..mayb sepanjang 20 tahun ni xbyk kejayaan yang aku kecapi sebab aku kurang berusaha dan byk kesilapan yang aku lakukan..perkara paling mudah untuk dilihat, skrang aku dah sem 4, final pun dah habis, sepanjang aku kat universiti aku xpernah dapat deanlist..dan sem ni aku xrasa aku bole dapat dean..nape?..sebab aku tahu usaha aku macam mane..nape aku jadi begini?..bukan aku xbole, tapi aku xberusaha..nape aku tak berusaha?..mayb sebab hati aku kotor yang menyebabkan aku malas..nape aku sedar tapi aku xbuat sesuatu?..sebab aku bodoh..haha.. aku kusut..aku semakin kusut..dengan orang disekeliling aku lagi..aku semakin kecewa dengan diri aku sendiri..aku mengharapkan esok adalah hari yang baru untuk aku..aku tetap aku, tapi harap esok aku lebih matang..semakin kenal dunia dan paham dengan mainan dunia..bukan semakin terleka dengan godaan dunia..kawan2, sesiapa saje yang mengenali aku, aku harap anda dapat membantu aku..terima kasih pada semua..

Wednesday, April 29, 2009

29april09..Tragedi Bukit Air..

setelah ketensenan menjawab electromagnet habis, sementara menunggu paper seterusnya, budak2 se telah merangka 1 kertas kerja untuk ke bukit air..setelah kertas kerja itu lulus dengan budget sendiri, kami memulakan lar ekspidisi ini..aku telah dijemput khas sebagai photographer tak bertauliah..so ni lar aktiviti2 yer..

baru sampai lagi..giler pun blum sampai..masing buat2 baik jer..mencari ketenangan lar kononnya..

bila giler dah sampai, kecik menjadi mangsa terawal..sesi lambung melambung..haha..aku pun join gak..tugas cameraman diserahkan kepada 2nd photographer, ikmal..haha..

alif membuat terjunan bebas sambil masing2 yang lain terkagum kejap..

masa yang dinantikan telah tiba..sopie menjadi mangsa keteluran..memang lama dah aim..

melekat siot telur tu..haha..


dah telur, tepung plak..hehe..

masing2 nak blah dah..macho lar konon..

awek2 yang sempat gambarnya diambil..cayalar..

tapi ada 1 tragedi telah terjadi..aku telah ditinggalkan mereka sumer disebabkan terlalu khusyuk mengambil gambar..yang bestnya, ada orang terbawak skali aku punya kunci motor n telefon..memang mati akal kejap jugak lar..akhirnya, dengan bantuan superman aku berjaya jugak balik..lama gak ar menunggu..memang korang xguna lar..haha..

Sunday, April 26, 2009

apa yang kau mahukan..26april09..


untuk KAU..
apa yang kau mahukan?..kenape perlu berkata perasaan aku sebenarnya tidak benar?..kenapa perlu kau berkata begitu?.. sebelum kau bertanya mengenai perasaan aku, kau tanya dulu perasaan diri kau..kenapa kau perlu menipu?..mengapa perlu untuk kau memilih untuk tidak mengaku?..terlalu sukarkah untuk kau mengaku perkara yang sebenar?..hati dan perasaan terletak pada kejujuran dan keikhlasan.. jika itu pun kau tak dapat tunaikan, lupakan saja CINTA..

untuk KAU yang lain..
apa yang kau mahukan sebenarnya?..tidak bolehkah kau melihat aku gembira?..tidak bolehkah kau melihat aku ceria?..aku tidak layak untuk semua itukah?..kenapa perlu mengganggu hidup aku sedangkan aku tak ganggu kau pun..adakah sebab aku tak mengganggu hidup kau membuatkan kau rasa tak tenang?..hey,kau ingat kau bagus ker?..kenapa perlu melibatkan aku dalam masalah yang sudah sedia terjadi?..kenapa perlu?..kenapa aku?..aku tak sebodoh yang kau fikirkan, tidak kenal yang mana intan dan yang mana permata..

untuk KAU yang TERISTIMEWA..
tidak perlu kau pertikaikan adakah aku gembira atau tidak..tidak perlu kau rasa bersalah kerana hadir dalam hidupku..kehadiran kau adalah satu keindahan pada aku..jangan kau rasa terseksa.. aku mengharapkan kau bahagia, walaupun kebahagiaan tu datangnya bukan dari aku.. maaf kerana banyak mengganggu kau untuk memikirkan perkara yang tidak sepatutnya..dalam umur kau yang masih muda, kau tidak sepatutnya hadapi ini semua.. aku berharap kau tidak kecewa lagi selepas ini..jika satu hari, aku hilang dari hidup kau, maafkan aku..sesungguhnya ini bukan satu perkara yang mudah..bicaralah berikan ku kepastian..

Thursday, April 23, 2009

23april lagi..khamis gak lar..7.50a.m..


nak pi exam lar ni..wei, kalu terasa ker, terseronok ker, or rasa nak jadi ustaz or ustazah nak mentarbiyah aku kat blog ni, comment jelar..aku suka sangat2 tau..yang penting korang ikhlas..kalu korang xpuas hati dengan aku pun bole nak luah kat sini..kalau korang rasa syg kat aku nak bagitau aku kat sini pun bole..takut2 korang malu kan..haha..

khamis..23april09..aku semakin kusut..7.10a.m

bertambah2 lar kusut aku skang ni..dengan perangai aku sendiri..dengan sibuk training lagi..dengan orang yang asik sumer benda nak berjemput..kalau boleh nak aku sujud kot kat kaki dia barular dia tau nak join sendiri..macam bangang lar wei..macam lar bagus sangat..dengan orang yang suka cari pasal sendiri pastu baru nak sedar..amik ni, abooo gik..haha..padan muka ko..cari pasal lagi..yang 1 ni lagi lar plak kan,aku tak kacau ko pun ko tetibe jer nak sibuk, nak interframe gak..wei, apa kes..ada jer benda nak mencelah,hey aku xkacau ko lar..ko yang lebih2 APA KES!!!..aduyai..poning lar den..ko ingat ko bagus ker..ker ko kekurangan kasih sayang ha?..haha..sape2 yang terasa,padan muka korang..kalu dah terasa tu, jadi lar budak pandai eh..jangan plak ko jadi macam orang bodoh, dah tau terasa tapi xreti nak buat pape..final comsys..gudluck pada tangan n pen aku..otak pun gudluck gak..pada SS,mesti ko dah naik jenuh melayan aku..dengan aku yang cakap ikut sedap mulut jer kan..tapi kan, padan ar kat muka ko, sape suro kenal aku..sape suro panggil aku upin lagi..amik gak ni, abooo gik..haha..thanx..

din menjadi mangsa ketensenan aku..haha..cayalar din..

LAUNGAN KERAMAT..haha..

Saturday, April 18, 2009

6.10a.m..hepi giler wei..

nape hepi?..haha..sebab kau lar aku xtdo..dari kul 1.15 sampai 4.15..wow, permulaan yang tak disangka..aku ingat kau sombong..bermula dari upin n ipin, aku dah mula tertanya2..apehal plak awek ni?..xpasal2 jer..agak2 ar nak panggil pun..kalu vin diesel tu ok gak..ini budak kembar tu jugak dia panggil aku..tapi sebab tu lar aku tercari2 kau..berani eh kau gelakkan aku..bila dapat cari, aku gunalar peluang yang ada,walaupun agak salah ar cara tu..tapi kurang2 kau dapat 1 pengalaman baru kan..tapi skali lagi suka2 jer kau gelakkan aku lagi..tapi xpelar..macam kau slalu kata, kau tetap jadi diri kau kan..baguslar..tapi kan, kau ni lawak lar..tapi menarik gak..pelik pun ada dan yang pasti kau jiwang..haha..normal ar tu kan..thanx eh sebab kau ingatkan aku pasal dia,tapi kau jangan ar risau eh..insyALLAH aku pandai jaga diri..

perlu ker aku mulakan langkah pertama?..tapi betul ker kau orangnya?..aku xnak gagal lagi..aku dah penat ar buang perasaan tu..tapi kalau simpan,akhirnya kecewa?..macam mane?..lagi teruk kan.. kau rasa aku ada peluang tak?..aku tau kita memang baru kenal..tapi kalau ati dah kat kau, xle nak kata apa kan..tapi kan, aku xnak penting kan diri aku..kau dah berpunya,tapi blum dimiliki lagi kan..kau yang kata..so kau jaga lar dia baik2 eh..walaupun aku rasa kau tengah kecewa kan skang ni..xpe,aku tunggu senyap2 jer kat sini..kalau ada jodoh tak kemana kan..kalau xda pun,kita tetap kawan kan..

TERIMA KASIH KERANA HADIR..SHA SHE..

6a.m..xtdo lagi..kusut..pelik..

aaargggggggghhhhhhhhhhhhh...
otak dah miong dah ni..final dah tinggal brape ari lagi ni..hidup aku dah xnormal dah ni..dengan macam hal2 lagi yang xsetel..dengan kes orang yang kuat merajuk lagi..pening kepala aku..

tapi kan, aku still rasa macam seronok..xtau nape,mayb ni 1 perkara yang aku xpernah lalui sebelum ni..cuma kan, nape eh korang jadi macam tu..perangai budak2..tau tak..cuba lar berubah skit..ni pun nasib baik ada orang nak jelaskan citer sebenar, klau tak mau sampai kiamat aku xtau pape..tapi kan, aku xsalahkan sape2..kita tetap kawan kan..

wei SHAR,thanx eh..skang ni ko byk bagi semangat kat aku wlupun ko main2 jer kan..ko byk gak tegur aku,yelar ko kan ustazah..haha..tapi xsangka gak eh ko benci orang tu..ingatkan ko suka dia gak..tapi kalau ko suka dia lar, memang jadi couple of the year lar..haha..jangan marah eh..thanx gak sudi komen gambar2 aku(kutuk adalah)..papepun thanx..semoga kita bole jadi kawan yang baik..

UniSTAGE..

unistage..cadangan untuk kelab teater unimap..masih lagi menjadi kelab haram..aku lar presiden haramnya skang ni..tapi dah banyak gak aktiviti..antaranya persembahan2 dalam unimap, filem pendek Mendung Kasih,lawatan teater di Matic dan Istana Budaya..skang ni sibuk dengan persiapan untu DEKON di Sabah 14-17mei ni..tapi 4 orang je yang akan terlibat..


bergambar bersama Rosminah Tahir,pengarah teater musikal Ibu Zain..



bergambar ditangga IB..tangga pun tangga lar..


apalar yang dilihatnya tu?..

makeup artis untuk persembahan BINASA..

apa lar korang buat ni?..sbelum show BINASA..masing2 cuba amik feel..

hope kelab ni akan lulus dan mampu bergerak dengan lebih aktif..

MAJULAH UniSTAGE UNTUK UniMAP..