Wednesday, April 29, 2009

29april09..Tragedi Bukit Air..

setelah ketensenan menjawab electromagnet habis, sementara menunggu paper seterusnya, budak2 se telah merangka 1 kertas kerja untuk ke bukit air..setelah kertas kerja itu lulus dengan budget sendiri, kami memulakan lar ekspidisi ini..aku telah dijemput khas sebagai photographer tak bertauliah..so ni lar aktiviti2 yer..

baru sampai lagi..giler pun blum sampai..masing buat2 baik jer..mencari ketenangan lar kononnya..

bila giler dah sampai, kecik menjadi mangsa terawal..sesi lambung melambung..haha..aku pun join gak..tugas cameraman diserahkan kepada 2nd photographer, ikmal..haha..

alif membuat terjunan bebas sambil masing2 yang lain terkagum kejap..

masa yang dinantikan telah tiba..sopie menjadi mangsa keteluran..memang lama dah aim..

melekat siot telur tu..haha..


dah telur, tepung plak..hehe..

masing2 nak blah dah..macho lar konon..

awek2 yang sempat gambarnya diambil..cayalar..

tapi ada 1 tragedi telah terjadi..aku telah ditinggalkan mereka sumer disebabkan terlalu khusyuk mengambil gambar..yang bestnya, ada orang terbawak skali aku punya kunci motor n telefon..memang mati akal kejap jugak lar..akhirnya, dengan bantuan superman aku berjaya jugak balik..lama gak ar menunggu..memang korang xguna lar..haha..

Sunday, April 26, 2009

apa yang kau mahukan..26april09..


untuk KAU..
apa yang kau mahukan?..kenape perlu berkata perasaan aku sebenarnya tidak benar?..kenapa perlu kau berkata begitu?.. sebelum kau bertanya mengenai perasaan aku, kau tanya dulu perasaan diri kau..kenapa kau perlu menipu?..mengapa perlu untuk kau memilih untuk tidak mengaku?..terlalu sukarkah untuk kau mengaku perkara yang sebenar?..hati dan perasaan terletak pada kejujuran dan keikhlasan.. jika itu pun kau tak dapat tunaikan, lupakan saja CINTA..

untuk KAU yang lain..
apa yang kau mahukan sebenarnya?..tidak bolehkah kau melihat aku gembira?..tidak bolehkah kau melihat aku ceria?..aku tidak layak untuk semua itukah?..kenapa perlu mengganggu hidup aku sedangkan aku tak ganggu kau pun..adakah sebab aku tak mengganggu hidup kau membuatkan kau rasa tak tenang?..hey,kau ingat kau bagus ker?..kenapa perlu melibatkan aku dalam masalah yang sudah sedia terjadi?..kenapa perlu?..kenapa aku?..aku tak sebodoh yang kau fikirkan, tidak kenal yang mana intan dan yang mana permata..

untuk KAU yang TERISTIMEWA..
tidak perlu kau pertikaikan adakah aku gembira atau tidak..tidak perlu kau rasa bersalah kerana hadir dalam hidupku..kehadiran kau adalah satu keindahan pada aku..jangan kau rasa terseksa.. aku mengharapkan kau bahagia, walaupun kebahagiaan tu datangnya bukan dari aku.. maaf kerana banyak mengganggu kau untuk memikirkan perkara yang tidak sepatutnya..dalam umur kau yang masih muda, kau tidak sepatutnya hadapi ini semua.. aku berharap kau tidak kecewa lagi selepas ini..jika satu hari, aku hilang dari hidup kau, maafkan aku..sesungguhnya ini bukan satu perkara yang mudah..bicaralah berikan ku kepastian..

Thursday, April 23, 2009

23april lagi..khamis gak lar..7.50a.m..


nak pi exam lar ni..wei, kalu terasa ker, terseronok ker, or rasa nak jadi ustaz or ustazah nak mentarbiyah aku kat blog ni, comment jelar..aku suka sangat2 tau..yang penting korang ikhlas..kalu korang xpuas hati dengan aku pun bole nak luah kat sini..kalau korang rasa syg kat aku nak bagitau aku kat sini pun bole..takut2 korang malu kan..haha..

khamis..23april09..aku semakin kusut..7.10a.m

bertambah2 lar kusut aku skang ni..dengan perangai aku sendiri..dengan sibuk training lagi..dengan orang yang asik sumer benda nak berjemput..kalau boleh nak aku sujud kot kat kaki dia barular dia tau nak join sendiri..macam bangang lar wei..macam lar bagus sangat..dengan orang yang suka cari pasal sendiri pastu baru nak sedar..amik ni, abooo gik..haha..padan muka ko..cari pasal lagi..yang 1 ni lagi lar plak kan,aku tak kacau ko pun ko tetibe jer nak sibuk, nak interframe gak..wei, apa kes..ada jer benda nak mencelah,hey aku xkacau ko lar..ko yang lebih2 APA KES!!!..aduyai..poning lar den..ko ingat ko bagus ker..ker ko kekurangan kasih sayang ha?..haha..sape2 yang terasa,padan muka korang..kalu dah terasa tu, jadi lar budak pandai eh..jangan plak ko jadi macam orang bodoh, dah tau terasa tapi xreti nak buat pape..final comsys..gudluck pada tangan n pen aku..otak pun gudluck gak..pada SS,mesti ko dah naik jenuh melayan aku..dengan aku yang cakap ikut sedap mulut jer kan..tapi kan, padan ar kat muka ko, sape suro kenal aku..sape suro panggil aku upin lagi..amik gak ni, abooo gik..haha..thanx..

din menjadi mangsa ketensenan aku..haha..cayalar din..

LAUNGAN KERAMAT..haha..

Saturday, April 18, 2009

6.10a.m..hepi giler wei..

nape hepi?..haha..sebab kau lar aku xtdo..dari kul 1.15 sampai 4.15..wow, permulaan yang tak disangka..aku ingat kau sombong..bermula dari upin n ipin, aku dah mula tertanya2..apehal plak awek ni?..xpasal2 jer..agak2 ar nak panggil pun..kalu vin diesel tu ok gak..ini budak kembar tu jugak dia panggil aku..tapi sebab tu lar aku tercari2 kau..berani eh kau gelakkan aku..bila dapat cari, aku gunalar peluang yang ada,walaupun agak salah ar cara tu..tapi kurang2 kau dapat 1 pengalaman baru kan..tapi skali lagi suka2 jer kau gelakkan aku lagi..tapi xpelar..macam kau slalu kata, kau tetap jadi diri kau kan..baguslar..tapi kan, kau ni lawak lar..tapi menarik gak..pelik pun ada dan yang pasti kau jiwang..haha..normal ar tu kan..thanx eh sebab kau ingatkan aku pasal dia,tapi kau jangan ar risau eh..insyALLAH aku pandai jaga diri..

perlu ker aku mulakan langkah pertama?..tapi betul ker kau orangnya?..aku xnak gagal lagi..aku dah penat ar buang perasaan tu..tapi kalau simpan,akhirnya kecewa?..macam mane?..lagi teruk kan.. kau rasa aku ada peluang tak?..aku tau kita memang baru kenal..tapi kalau ati dah kat kau, xle nak kata apa kan..tapi kan, aku xnak penting kan diri aku..kau dah berpunya,tapi blum dimiliki lagi kan..kau yang kata..so kau jaga lar dia baik2 eh..walaupun aku rasa kau tengah kecewa kan skang ni..xpe,aku tunggu senyap2 jer kat sini..kalau ada jodoh tak kemana kan..kalau xda pun,kita tetap kawan kan..

TERIMA KASIH KERANA HADIR..SHA SHE..

6a.m..xtdo lagi..kusut..pelik..

aaargggggggghhhhhhhhhhhhh...
otak dah miong dah ni..final dah tinggal brape ari lagi ni..hidup aku dah xnormal dah ni..dengan macam hal2 lagi yang xsetel..dengan kes orang yang kuat merajuk lagi..pening kepala aku..

tapi kan, aku still rasa macam seronok..xtau nape,mayb ni 1 perkara yang aku xpernah lalui sebelum ni..cuma kan, nape eh korang jadi macam tu..perangai budak2..tau tak..cuba lar berubah skit..ni pun nasib baik ada orang nak jelaskan citer sebenar, klau tak mau sampai kiamat aku xtau pape..tapi kan, aku xsalahkan sape2..kita tetap kawan kan..

wei SHAR,thanx eh..skang ni ko byk bagi semangat kat aku wlupun ko main2 jer kan..ko byk gak tegur aku,yelar ko kan ustazah..haha..tapi xsangka gak eh ko benci orang tu..ingatkan ko suka dia gak..tapi kalau ko suka dia lar, memang jadi couple of the year lar..haha..jangan marah eh..thanx gak sudi komen gambar2 aku(kutuk adalah)..papepun thanx..semoga kita bole jadi kawan yang baik..

UniSTAGE..

unistage..cadangan untuk kelab teater unimap..masih lagi menjadi kelab haram..aku lar presiden haramnya skang ni..tapi dah banyak gak aktiviti..antaranya persembahan2 dalam unimap, filem pendek Mendung Kasih,lawatan teater di Matic dan Istana Budaya..skang ni sibuk dengan persiapan untu DEKON di Sabah 14-17mei ni..tapi 4 orang je yang akan terlibat..


bergambar bersama Rosminah Tahir,pengarah teater musikal Ibu Zain..



bergambar ditangga IB..tangga pun tangga lar..


apalar yang dilihatnya tu?..

makeup artis untuk persembahan BINASA..

apa lar korang buat ni?..sbelum show BINASA..masing2 cuba amik feel..

hope kelab ni akan lulus dan mampu bergerak dengan lebih aktif..

MAJULAH UniSTAGE UNTUK UniMAP..

17april..aktiviti petang..

minggu study week..tapi still sibuk berkepit dengan camera..dah xda keje,aku capai camera pi lar kuala perlis..apa lagi, aku menembak lar..mula2 janji dengan sepupu aku, last2 aku lepak dengan cik nazri,pegawai unimap..kebetulan dia call kata nak pi gak..sambil2 tu aku berborak berkenaan dekon..so ni lar hasil yer..xhebat mane lar kan..still baru belajar..









cik nazri yang khusyuk melihat D300nya..thanx sebab berkongsi pengalaman n belanja air..haha..

Wednesday, April 15, 2009

kenalan,kawan,sahabat n sumer lar..

terlalu luas topik ni untuk dikaitkan dengan hidup aku..azhar, sahabat skolah rendah..skrang berada di aussie..pengalaman zaman kanak2 yg hebat..byk perkara yang menarik..sharifah,siapa dia?..sahabat yang byk membantu..kamil, jiran yang asalnya macam tak kenal..perwatakan yang sangat2 berbeza dengan aku..sentiasa mengajar aku untuk ceria..hanif,cemas..orang yang agak pelik..haha..sahabat masa di teknik..cemas giler dia ni..zakwan,stamford college..yang membantu ketika aku sesat..mengajar aku byk perkara..DR CINTA yang cintanya sendiri jauh untuk dicapai..tapi, hidup tak mudah kan..ko pergi tinggal kan aku..sahabat, semoga roh kau dicucuri rahmatNYA..

wawa,budak comel..byk mengajar aku mengenai leadership..orang yg sentiasa pekakkan telinga dengan kata2 aku..ummu hani,wanita yang sombong..pendengar yang setia..mashkura,kawan yang memang caring giler..shimah,haha..terlalu byk untuk dikatakan..wanita hebat dengan susuk tubuh yang kecil..fikhri,sepupu aku..dia juga sahabat aku,playboy malaya..haha..
sha..sape tu?..tak tau..haha..

kawan2 aku..
sk kubu..akmal,nadia,hafeez,hidayah dan sumer lar..pengalaman kanak2 yang menggembirakan.
smka sultan muhammad..shahid,syakir,shahrul akmar n sumer gak..proses peralihan ke remaja..
teknik bukit piatu..kuda,labu,beetool,nida n terlalu ramai lagi..proses remaja yang penuh dengan kisah cinta..
stamford college..wani,hazwan, dan yg lain2 gak..pengalaman yang indah..asik kena marah dalam tempoh 3 bulan..
matrik..nama yang terlalu ramai untuk dikatakan..proses untuk menjadi lebih matang..
unimap..classmate aku,budak unistage,kembara,aug,imtgt,ppms, sumerlar yang terlibat.. pengalaman yang mengajar untuk terus hidup..terus dan terus..

pahit manis yang xkan terungkai..dengan nilai yang terlalu tinggi..semua kenalan,kawan,sahabat, xgf aku,haha,sape2 jelar yang pernah terlibat dalam hidup aku,sesungguhnya setiap dari kamu pasti ada sesuatu yang aku ambil..pengalaman yang indah walaupun kadang2 juga pahit..

TERIMA KASIH SAHABAT..

aku..

dari hari ke hari, umur semakin bertambah..semakin byk pengalaman dalam hidup aku dapat..pahit manis terlalu banyak dalam kepala aku ni..apa2pun hidup perlu diteruskan..bermula dari tadika,aku masuk ke skolah keb kubu melaka,terus sambung ke smka sultan muhammad,sebab rasa diri xle jadi ustaz aku pindah ke teknik bkt piatu melaka..sementara tunggu spm,aku amik short course di stamford college melaka,dapat masuk matrik melaka,akhirnya aku jejakkan kaki di UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS..pilihan aku yang mak aku xsetuju pada mulanya..haha..last2 kena trima gak..lepas ni mane tujuan aku?..perancangan hidup pasti dah ada, tapi biarlah masa yang menentukannya..


budak kecik yang comel..darjah 6..


konon2 dulu bole lar jadi macam yusof qardawi..last2 skang ni tah jadi apa tah..


masa form5..blum tembam lagi..


kat matrik..mata dah mula bertambah jadi 4..


raya 2008..aku dah ada 3 orang anak buah..sorang lagi mane tah..


2009..terserlah keteknikalan aku ni..punya lar byk benda lampu ni jugak yang aku nak bergambar..

asean university games(AUG)..

hampir sepanjang bulan 12 2008 aku beraada di ukm untuk menjadi sukarelawan aug..kali pertama aku menjadi sukarelawan untuk program luar university..pengalaman yang menarik bila aku dimasukkan dalam group ict..ada lebih kurang 55orang dalam group ni..memang macam2 hal lar jadi..masa tu masing2 rasa macam dah kenal lama..ari2 dok buat planning gi sana sini..tapi skrang dah makin suram..biasa lar, hidup ada turun naik..papepun, aug 1 pengalaman yang sangat berharga..kat sini gak aku kenal orang yang memperkenalkan aku dengan camera slr..papepun,pengalaman bersama group ict aug2008 xkan aku lupakan..terima kasih kawan2..


sementara tunggu bus pun korang sempat nak amik gambar macam ni eh..


kat stadium maybank..tengok bola kononnya..padahal sibuk berposing jer..



di dewan panasonic shah alam..tengok futsal final..aku amik gambar dengan model ni..haha..


masa dinner untuk penutup..perpisahan sudah hampir tiba..


maskot aug..comel giler..haha..

Tuesday, April 14, 2009

fast n furious 4..


13april telah menjadi sejarah..setelah kebengongan, aku tdo lebih kurang kul 4pagi..telah menjadi 1 keajaiban apabila aku berjaya bangun kul 7 then xtdo balik..haha..memang xcaya..setelah bersiap lebih kurang 3-4jam campur makeup,aku terus membuat keputusan untuk ke jitra..nak tengok wayang..berbekalkan kuda EX5 standard aku hasil kacukan dengan dengan honda, aku memulakan xpedisi aku seorang diri dengan penuh sopan santun..first gak ni pi jitra sorang2..sbelum ni plak xpernah pi naik moto..aku redah jer.. hampir 1jam baru aku sampai lebih kurang kul 10.30 di jitra mall..tapi sampai2 aku rasa brape kedai jer baru bukak..then aku masuk jelar..pi main game..1st time main game kat situ, aku masih xpercaya main daytona hanya 1 token 50sen..sama gak time crysis II..so aku pun menunjukkan lar kehebatan aku..

kul 12 aku masuk tengok wayang fnf4..punyalar ramai adalar lebih kurang 20 orang..so macam tengok kat umah pun ada..1 baris tu aku sorang jer..memang kaya giler aku bole book 1 row..ni kali ke3 aku tengok wayang dalam hidup aku n first time aku tengok citer omputih kat wayang..memang mantap ar citer ni..then aku pun jadi teruja..sedar2 habis dah pukul 2..kul 3 ada lab orcad kat k.perlis..jiwa aku bagai dirasuk semangat paul walker n vin diesel,pukul 2.15 aku memanaskan enjin kuda aku yang telah bertukar menjadi EX5 modified kategori vtec open..aku memulakan aksi drift aku disekitar jitra,masuk ke kodiang, membuat aksi yang agak lucah apabila sampai di arau,kangar n tepat kul 3 aku sampai di lab..haha..bagus timing aku..patutnya braga amik aku je jadi driver dia..yang gambar kat atas tu lar kuda tu..dah byk berjasa kuda tu..kuda padi jer asalnya..haha..terima kasih MAM 2345..jasamu dikenang walaupun aku memang malas giler nak mandikan ko..

aktiviti 12 april..

setelah awal pagi aku xtdo demi mewujudkan blog ini, akhirnya lebih kurang kul 6.15 pagi aku berjaya gak tdo..sedar2 dah dekat kul 12..bangun teringat mak angkat buat kenduri kat chuping..adoi,lambat gak ni..aku mandi n siap2..ingatkan dah lewat nak pi terus, tapi alangkah
malangnya bila tangan aku yang gatal ni sempat lagi nak main marine sharpshooter 4..haha..
akhirnya kul 1 lebih baru aku sampai umah mak angkat aku..datang2 aku jadi segan sebab ramai orang n sempat aku sampai lambat..haha..dekat kul 3 aku rushing ke D'futsal kat batu 2, classmate aku masuk final untuk piala NC..



ada jer 2 orang anak dara ni nak menyelit..yang main yer brape orang jer, tapi punye lar ramai nak masuk dalam gambar..


team yang masuk final..



akhirnya piala didalam genggaman..tahniah korang walaupun main xajak aku..aku redha..haha..kalau ajak aku rasa mesti kalah..so lebih baik aku jadi cameraman jer..

ahad malam aktiviti aku diteruskan kan dengan test micro-p yang bapak senang ar..sampai faris bole tertdo..sampai aku bole meniru..haha..xpasal2 aku x pi ags kat kapitol malam tu..sampai ada orang merajuk kat aku sanggup pi dating dengan bangla..haha..jangan marah..

11april..kuala perlis..

petang sabtu, tiba2 sepupu aku ajak amik gambar sunset..so ni lar hasilnya apabila beginner amik gambar sunset..papepun,cukuplar memuaskan hatiku yang kusut masa petang tu..














Sunday, April 12, 2009

family..5.05a.m..


keluarga..
orang yang kita kenal sbelum kita ada kawan..tapi bila kita dah mula ada kawan atau teman, habis keluarga kita lupakan..kita meletakkan mereka jatuh ditempat kedua..mungkin kita kata tidak, keluarga yang utama..tapi lihat lar orang yang kita cari jika kita ada masalah?..siapa?..
rakan atau keluarga?..dari hari ke hari, keluarga aku sudah semakin besar..dari 7, jadi 10..tahun lepas dah jadi 13..insyAllah tahun ni akan bertambah lagi..tanggungjawab masing2 pun dah berubah..dari abang n akak kepada adik, masing2 skang dah ada orang yang lebih penting untuk dijaga..aku macam ni jelar..pandai2 lar jaga diri..dah tua kutuk pun xsedar diri nak manja2 pehal plak..pada bilangan dah semakin ramai, pada nyata yer, jauh lebih berkurangan..lumrah kehidupan..terima jelar..masa aku xsampai lagi..mungkin aku xmengerti..abg apis, ko bila nak kawin?..cepat2 lar kawin..bosan ar tunggu ko..muka dah hensem, tapi xreti2 ker nak cari isteri..
jujurnya aku rindu masa lalu..terima kasih mak abah,kak lin,abg udin,abg ayum n abg apis..terima kasih jugak pada abg n akak2 iparku..xlupa gak pada anak buahku, hadhirah,syahmi n najmi yang memberi sedikit keceriaan padaku..aku bukan anak, adik n pakcik yang baik..maaf..

12april09..4.51 pagi..

entah knape aku xtdo lagi..tiba2 aku terasa nak buat blog aku sendiri..so sejarah telah tercipta, aku dah ada blog..sejauh mane aku akan aktif dengan blog ni, masa biar masa yang menentukan..haha..
macam xcaya jer..mayb blog ni ruang untuk mengisi kekosongan masa n pape jelar..aku sebenarnya tengok ramai ada blog, tu yang nak ada blog gak tu..haha..pagi2 ni plak internet laju, tu yang datang keje giler tu..kebelakangan ni, aku sedikit stress..aku pun xpaham knape..mayb final dah dekat n then macam2 hal plak yang berlaku..memang tension ar..so pada member2 aku yang perasan aku lain macam tu, jangan ar risau..aku saje jer nak buat gempak skit..papepun,aku still mampu kawal diri..

haha..

akhirnya..